Laman Utama      |       Bakul Anda    |     Check Out    |     Status Order     |    Wish List Ku
 



ShoutMix chat widget
 
  
 


Soalan Lazim

Tentang Cantikmolek.com


 1.  Apakah cerita disebalik Cantikmolek.com?


      Cantikmolek.com telah direka khas sebagai satu platform yang menyediakan pelbagai barangan kecantikan dan kesihatan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.Sila klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


 2.  Apa yang menarik di laman web ini?


      Selain menawarkan barangan-barangan berkualiti dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran, cantikmolek.com juga menyediakan pelbagai informasi yang menarik.Sila klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


 3.  Apakah kelebihan mendaftar sebagai ahli cantikmolek.com?


      Sebagai ahli,anda akan menerima 1000CMPoints,sebagai ‘welcome gift’, dimana anda boleh menggunakan CMPoints itu untuk membeli barangan yang dikehendaki. Anda boleh memasuki bahagian ‘member only’untuk membaca artikel-artikel dan informasi yang menarik.Anda akan dimasukkan ke dalam mailing list kami,dimana tawaran-tawaran hebat akan diumumkan dari semasa ke semasa.


 


 CM Points


 1.Apakah CMPoints?


CMPoints adalah suatu cara untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan Cantikmolek.com sebagai tanda terima kasih kami kepada sokongan anda.Anda boleh menebus guna CMPoints terkumpul anda untuk pembelian barang di laman ini.


 2.Bagaimana caranya untuk mengumpul CMPoints?


Dengan mendaftar sebagai ahli Cantikmolek.com ,anda akan mendapat 1000 CMPoints secara percuma!Setiap RM1 perbelanjaan anda di laman ini,anda akan mendapat 1CMPoints.


 3.Berapakah nilai untuk 1 CMP?


1CMPoint bersamaan dengan RM0.01


 


Soalan mengenai pembelian dan pesanan


 


1.Adakah sebarang order minimum untuk membuat pembelian melalui laman web ini?


Tidak! Tiada order minimum, disini kami sedia menghantarkan semua pesanan anda walaupun anda hanya memesan satu bungkusan sahaja.


 


2.Bagaimanakah cara membuat pembelian produk di dalam laman web ini?


  Untuk cara-cara membuat pembelian,anda boleh merujuk di sini.


 


Langkah 1


-Lihat produk dan buat pilihan klik Masukkan dalam bakul


Langkah 2


- Jika ingin tambah pesanan ulang langkah 1 ataupun klik pada teruskan.


Langkah 3


- Untuk semakan semua produk yang telah anda pilih klik Check Out


Langkah 4


- Isikan borang maklumat anda pada Billing Information,Payment method,Shipping    


  information maklumat tentang pembayaran.


Langkah 5


- Anda telah sedia membuat pesanan klik Check Out


Langkah 6


- Salinan pesanan akan di hantar ke peti email anda.


Langkah 7


- Nantikan email maklumbalas daripada kami.


 


3.Bagaimanakah kaedah pembayaran?


Buat masa ini, kita menerima  semua kaedah bayaran tetapi produk akan dapat diserahkan setelah bayaran disahkan  :-


-Untuk Teman Cantik Molek yang datang sendiri ke kedai,anda akan menerima potongan  


 harga 5 %  lagi


-Visa/ Mastercard


-Bank /ATM Transfer


-Bank Draft


-Bank in


 


Soalan Mengenai Penghantaran


 


1.Berapa lamakah produk yang dipesan akan sampai?


Kami menggunakan perkhidmatan City Link. Oleh itu segala tempahan yang dibuat dijangka mengambil masa 2 ke 7 hari untuk sampai ke alamat anda.


 


2.Bagaimanakah dengan kos penghantaran?


Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli. Kos penghantran akan dikira dan dinyatakan sewaktu proses “checkout”di dalam laman web ini.


 


3.Bagaimanakah jika produk yang dipesan tidak sampai?


Jika produk yang dipesan tidak diterima selepas 7 hari anda boleh menghubungi kami menerusi borang “ContactUs/Hubungi Kami” atau menelefon kami di 019-3249498(Cik.Nadirah) pada bila – bila masa. Kami akan menyemak status produk anda dengan pihak kurier dan akan membuat penghantaran semula jika perlu.


 


4.Bolehkah penghantaran produk dibuat kepada pihak ketiga?


Boleh!Anda hanya perlu memaklumkan kepada kami maklumat lengkap penerima tersebut semasa menyertakan bukti pembayaran kepada kami.


 


SOALAN MENGENAI PRODUK


 


1.Apakah status produk yang ditawarkan disini?


Produk-produk yang dijual di laman web ini adalah melalui admin yang menjadi stokis kepada beberapa jenis produk yang diiklankan disini.Pihak admin sentiasa mengenalpasti status serta kualiti produk sebelum mempromosikan disini.


 


2.Apakah jenis produk yang dijual di laman web ini?


Buat masa ini,antara produk yang diperolehi disini adalah kesihatan & kecantikan diri sahaja namun begitu ,ia akan ditambah dari semasa ke semasa.


 


 


LAIN-LAIN SOALAN


 


1.Saya adalah pengedar barangan,bolehkah saya menjadi pembekal kepada laman web ini?


Anda boleh menghantar sampel produk anda kepada kami untuk dinilai terlebih dahulu.Ini kerana kami mempunyai piawaian yang tertentu bagi menjaga mutu produk edaran kami. Jika dirasakan sesuai,kami akan menghubungi anda dan berbincang dengan lebih lanjut mengenainya.


 


2.Adakah website ini menawarkan program affiliate?


Buat masa ini,tiada program affiliate ditawarkan dari laman web ini. Untuk anda yang berminat menjadi Temaniga anda boleh klik pada Temaniaga.


 


Terima Kasih!


 


 

 
 
Copyright © Cantik Molek 2010. All Right Reserved
Designed by NetBuilder